13 Februari 2026 lepas, saya mewakili team Calira Clinic berkesempatan melawat Happiness Traditional Chinese Medicine Center di Taman Bukit Perdana sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Tujuan utama? Nak hantar hamper New Year je sebenarnya… tapi tiba-tiba dapat ilmu bonus sekali 😄 Kami disambut mesra oleh Dr Vicky Chang (TCM practitioner). Staff mereka pun sangat friendly, siap bawa kami tour satu klinik dan explain servis yang mereka tawarkan.
Sejujurnya… selama ni saya tak pernah ambil tahu sangat pasal TCM. Dalam kepala saya dulu:
“TCM ni cucuk jarum jarum harus je kot… acupuncture… lepas tu balik.”
Itupun tak berapa faham apa benefits dia. Rupa-rupanya saya silap besar.
TCM bukan sekadar acupuncture. Mereka ada pelbagai rawatan untuk:
- Dewasa
- Kanak-kanak
- Masalah hormon
- Kesakitan kronik
- Digestive issue
- Dan yang paling menarik perhatian saya… rawatan kesuburan (fertility support)
Baru saya faham kenapa ramai pasangan TTC (trying to conceive) cari rawatan TCM sebagai complementary treatment.
Kolaborasi Calira Clinic & TCM – Real Story, Real Result
Sebenarnya, Calira Clinic memang selalu berkolaborasi dengan pihak TCM, terutamanya bila melibatkan kes kesuburan.
Contohnya:
Pesakit buat rawatan di TCM untuk bantu regulate cycle, improve blood flow, balance hormon… Bila dah sampai waktu nak tengok follicle matang (mature follicle scan), mereka akan datang ke Calira Clinic untuk ultrasound Transvaginal scan.
Dr Vicky pula memang selalu refer patient beliau ke Calira untuk monitoring. Dan yang paling buat hati saya tersenyum… Ada pesakit yang akhirnya berjaya TTC hasil gabungan rawatan moden dan TCM. Saya yakin ramai pesakit melayu tak sedar tentang rawatan TCM untuk TTC kan?
Bila dua pendekatan bergabung untuk tujuan yang sama, bukan bersaing, tapi saling melengkapi, hasilnya sangat bermakna.

杏福堂中医诊所 HAPPINESS TRADITIONAL CHINESE MEDICINE CENTRE
141, Jalan Susur Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana 2, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim
Medicine Is Not About Ego
Sebagai doktor perubatan moden, lawatan ini betul-betul membuka perspektif saya. Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan apa yang kita tahu, sampai tak sedar dunia perubatan ni sangat luas.
Modern medicine ada kekuatan dia.
Traditional Chinese Medicine pun ada kekuatan dia.
Yang penting?
Patient dapat manfaat.
Bukan soal siapa lebih hebat.
Tapi siapa lebih ikhlas nak bantu.
Untuk Warga Batu Pahat, InsyaAllah, Calira Clinic akan terus berkolaborasi dengan Happiness TCM untuk membantu lebih ramai pasangan, ibu-ibu dan keluarga di Batu Pahat.
Gabungan rawatan moden dan traditional care ini bukan sekadar trend, tapi satu usaha bersama untuk kesejahteraan rakyat Batu Pahat.
Semoga lebih ramai pasangan yang sedang berusaha, tidak berputus asa.
Kita usaha sama-sama. :)
Yang sentiasa merawat dengan hati dan ilmu,
Dr Totin (Izyan Jamain)






