Kunjungan Mesra di Calira Clinic

  • 23 Jun 2026
  • Career Development
Calira Clinic - Kunjungan Mesra di Calira Clinic

Calira Clinic Menerima Kunjungan Consultant Dermatologist dan Hyphens Pharma

Hari ini, Calira Clinic berbesar hati menerima kunjungan daripada Mr Nicholas dari Hyphens Pharma Sdn Bhd dan Dr Lim Tzyy Huei, Consultant Dermatologist dari Hospital Pantai.


Selain sesi perkenalan dan perkongsian ringkas mengenai perkembangan terkini dalam bidang penjagaan kesihatan, kami turut menerima jemputan ke program pendidikan perubatan berkaitan eczema yang akan berlangsung pada minggu hadapan.


Lebih istimewa, Dr Lim merupakan rakan seperjuangan saya semasa menjalani housemanship di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) suatu ketika dulu. Selepas bertahun-tahun sejak tamat latihan, akhirnya dapat bertemu semula dan bertukar cerita mengenai perjalanan kerjaya masing-masing.




Terima kasih atas kunjungan yang mesra dan bermakna. Semoga hubungan profesional serta kerjasama dalam bidang kesihatan terus berkembang demi manfaat komuniti.


"Sampai jumpa dalam coretan seterusnya."

– Dr Totin, Calira Clinic 🌷