Meriahnya beraya di Calira Clinic

  • 27 Mar 2026
  • Budaya
Calira Clinic - Meriahnya beraya di Calira Clinic

Hari ini sudah masuk hari ke 7 Syawal, barulah kami berpeluang duduk sekejap dan menulis kisah raya pertama kami di Calira Clinic.


Sejujurnya, sepanjang minggu raya ini kami memang sangat sibuk, sebab Calira Clinic dibuka seperti biasa sejak hari pertama raya. Malah pada 1 Syawal, klinik kami tetap beroperasi dari jam 2 petang hingga 10 malam.


Bagi sesetengah orang, mungkin pelik kenapa kami memilih untuk bekerja pada hari raya.


Tapi bagi saya, ini bukan perkara baru...



Muhaimin dan keluarga antara rakan baik saya merangkap pesakit saya setiap kali cuti hari raya. Entah kenapa satu kebetulan, memang setiap Kali mereka pulang beraya di Batu Pahat pasti datang ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. 


Sejak dahulu lagi, saya memang seorang yang lebih selesa bekerja pada hari raya, kerana saya tahu… pada waktu orang lain sedang bercuti, masih ramai yang sedang perlukan bantuan.


Ada anak demam waktu petang raya.

Ada ibu bapa yang risau anak muntah-muntah.

Ada pesakit yang sakit tiba-tiba tapi tak mahu ke hospital kerana bimbang menunggu terlalu lama.

Ada juga yang hanya perlukan tempat untuk mendapatkan rawatan dengan cepat, selesa dan tenang.



Dan setiap kali melihat reaksi pesakit yang lega apabila tahu “Nasib baik klinik ni buka…”, itulah antara perkara yang paling membuatkan hati saya rasa tenang.


Kerana saya percaya,

kadang-kadang kehadiran sebuah klinik yang terbuka itu sendiri sudah menjadi satu bentuk pertolongan.



Raya Kami Sederhana, Tapi Penuh Makna


Raya saya sebenarnya sangat sederhana.


Biasanya pagi raya saya akan luangkan masa sekejap bersama keluarga, berkumpul, ambil gambar raya, bermaaf-maafan, dan selepas itu saya akan kembali bekerja seperti biasa.


Saya bukan jenis yang banyak berjalan beraya dari rumah ke rumah.


Malah, itu memang sudah menjadi rutin saya sejak dulu.


Dan entah kenapa, saya sentiasa rasa lebih tenang bila tahu saya sedang berada di tempat yang boleh membantu orang lain.

Tahun ini, suasananya terasa lebih istimewa kerana ini adalah raya bersama Calira Clinic.




Kebetulan, Calira Clinic mempunyai pekerja separuh masa yang berbangsa Cina dan tidak mempunyai masalah untuk bekerja membantu saya di hari raya. Satu kelebihan buat Calira.



Bila Mama Datang Beraya di Klinik




Antara momen yang paling saya akan ingat tahun ini ialah pada hari raya kedua. Disebabkan terlalu sibuk dan tak sempat pulang ke rumah untuk bertemu mama, akhirnya mama pula yang datang ke klinik.





Di situlah kami sempat bergambar dan bermaaf-maafan di klinik sahaja.

Bila dikenang semula, ada rasa sebak juga.


Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu yang kita sayang, ada banyak pengorbanan kecil yang orang luar mungkin tak nampak. Tapi di situlah letaknya nilai sebuah perjuangan. Dan saya percaya, setiap usaha yang dibina dengan niat yang baik, pasti ada keberkatannya.


Bila Kawan-Kawan Datang Beraya di Calira




Satu lagi perkara yang benar-benar menceriakan raya kami tahun ini ialah apabila ramai kawan-kawan datang beraya dan memberi sokongan di Calira Clinic. Terharu sangat.




Kalau ada yang kata nak datang rumah beraya, saya akan jawab sambil ketawa:


“Datanglah raya dekat klinik.”


Dan betul… ramai yang datang.


Ada yang datang singgah sekejap.

Ada yang datang bawa semangat.

Ada yang datang hanya untuk support.


Dan ada juga yang datang sambil sama-sama memeriahkan suasana raya di klinik.



Kak Gym, rakan saya masa kuliah di UGM Yogyakarta. Terakhir berjumpa sewaktu menjadi graduasi kedokteran UGM, tak perlulah bagitahu tahun berapa tapi cukup lebih 10 Tahun tidak berjumpa. Kak Gym datang beri sokongan Dan menjalinkan ukhwah yang lama terputus.


Jujurnya, saya sangat terharu.


Sebab bila seseorang datang menyokong kita, walaupun dengan kehadiran yang sederhana, ia tetap memberi makna yang besar.


Tahun ini, suasana raya di Calira memang terasa lain macam.


Bukan raya di ruang tamu rumah, tapi raya di tempat yang sedang kami bina dengan penuh harapan.


Dan ternyata… Calira Clinic juga boleh menjadi tempat yang penuh dengan kasih sayang, silaturrahim dan kenangan.


Terima Kasih Kerana Mempercayai Calira Clinic


Sepanjang musim raya ini, kami menerima ramai pesakit yang datang dengan pelbagai keperluan dari rawatan biasa, demam, sakit perut, batuk, muntah, hingga masalah kesihatan yang datang tanpa diduga ketika cuti perayaan.


Terima kasih kepada semua pesakit yang hadir dan mempercayai kami.


Terima kasih juga kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan semua yang datang memberi sokongan sepanjang perjalanan awal Calira Clinic ini.


Bagi kami, klinik ini bukan sekadar tempat merawat.


Ia adalah ruang untuk hadir, membantu, dan memberi rasa tenang kepada mereka yang memerlukan walaupun pada hari raya.


Dan jika anda tertanya-tanya…


Ya, kami memang antara yang akan tetap ada, walaupun di saat ramai sedang bercuti.


Kerana itulah janji kecil kami di Calira Clinic:

Untuk sentiasa hadir, bila anda memerlukan.

Salam Aidilfitri dari kami di Calira Clinic

Maaf Zahir & Batin 🌙


Semoga Syawal kali ini membawa kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua.




Dengan penuh kasih,


Team Calira Clinic