Di perkarangan Calira Clinic, buat pertama kalinya kami adakan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina. Dan honestly… ini salah satu moment yang paling saya tunggu dalam hidup. 😆
.jpg)
Sejak kanak-kanak lagi, setiap kali Tahun Baru Cina, saya memang akan “hunting” tarian singa. Kalau dengar bunyi drum dari jauh, confirm saya yang paling laju cari arah bunyi tu.
Bunyi “dong dong chiang! dong dong chiang!” tu macam ada magnet.
Tapi selalunya tengok dari jauh je lah. Berdiri celah-celah crowd. Kadang nampak kepala singa je, badan tak nampak sebab diri tak berapa nak tinggi. 😂
So tahun ni saya fikir…
Kalau dulu saya pergi cari tarian singa… kali ni biar tarian singa datang ke Calira cari saya sendiri. Yes. Untuk kepuasan diri sendiri. I admit. 😆
.jpg)
Petang tu, dua ekor singa warna merah putih datang ke perkarangan klinik. Cantik sangat! Bulu fluffy, mata besar, dan gerakan dia memang penuh tenaga.
Ini kali pertama kami semua, staff, pesakit, jiran kedai dapat tengok tarian singa dari jarak yang sangat dekat.
Dekat sampai boleh nampak peluh pemain drum.
Dekat sampai kanak-kanak boleh lambai Dan belai-belai pada singa.
Dan yang paling best… budak-budak lah paling excited!
Ada yang jerit, ada yang takut tapi nak tengok, ada yang pegang mak kuat-kuat tapi mata tak berkelip tengok singa. Cute sangat.
Calira Clinic = Klinik 1 Malaysia 🇲🇾
Saya memang nak gunakan moment ni untuk tunjuk satu benda yang sangat dekat di hati saya.
Calira bukan klinik untuk satu kaum sahaja.
Kami terima semua. Melayu, Cina, India, lain-lain bangsa, semua sama.
Ramai pesakit kami juga dari kaum Cina. Jadi bila CNY datang, rasa macam tak lengkap kalau kami tak sama-sama raikan.
Bagi saya, Malaysia ni cantik sebab kepelbagaian dia. Kalau Raya kita open house, Deepavali kita wish, CNY pun kita meriahkan sekali.
Tak ada isu racist.
Tak ada pilih kasih.
SEBAB
Sakit tak kenal bangsa.
Dan rawatan pun tak kenal bangsa.
That’s why saya selalu sebut, Calira ni klinik 1 Malaysia. ❤️

Abaikan muka excited saya ni. Perasaan dia lain sangat.
Macam satu impian kecil yang tercapai.
Simple je sebenarnya, cuma nak tengok tarian singa depan mata sendiri. Tapi bila dapat buat di tempat sendiri, dengan staff dan pesakit yang sama-sama gembira… dia jadi luar biasa.
Yang Datang Bukan Sikit
Ramai yang singgah.
Ada yang memang tahu event ni.
Ada yang kebetulan lalu dan terus berhenti sebab dengar bunyi drum.
Kanak-kanak paling happy.
Parents pun ambil gambar tak henti-henti.
Staff klinik? Jangan cerita. Lagi excited dari pesakit. 😂
Kalau tanya saya kenapa buat semua ni…
.jpg)
Terpaling excited sebab impian nak bergambar berdua dengan singa tercapai.
Jawapan jujur:
Sebab saya suka.
Dan sebab saya nak semua orang rasa gembira sama-sama.
Kadang-kadang dalam dunia perubatan ni kita terlalu fokus pada sakit, ubat, result darah, scan report…
Sekali-sekala, kita bagi ruang untuk kegembiraan. Untuk budaya. Untuk kebersamaan.

.jpg)
Simbol bahawa Calira Clinic berdiri sebagai klinik yang meraikan semua kaum, semua budaya, dan semua pesakit tanpa beza.
Dan saya?
Masih peminat tarian singa dari dulu sampai sekarang.
Cuma bezanya… tahun ni saya tak perlu hunting lagi. 😌🧧
Jumpa lagi CNY akan datang! Dong dong chiang! 🥁✨
Yang sentiasa merawat dengan hati,
- Dr Totin (Izyan Jamain)






