Kolaborasi Calira Clinic & Hospital Pantai : Cervical Cancer Awareness

  • 17 Feb 2026
  • Edukasi
Calira Clinic - Kolaborasi Calira Clinic & Hospital Pantai : Cervical Cancer Awareness

Terlupa pula nak update kegiatan 30 January lepas. Pertama kali saya ke udara (Chewah!) secara live di Fb memang satu moment yang saya rasa very meaningful untuk Calira Clinic. Pertama kali buat live, pertama kali jadi tuan rumah untuk live podcast sebegini. Rugilah kalau tak abadikan dalam ni kan?


Saya berpeluang buat collaboration talk dengan doktor pakar dari Hospital Pantai Batu Pahat. Topik utama kita hari tu pasal cervical cancer, topik yang serious, tapi kita sembang cara santai. Tak nak orang rasa macam duduk dalam lecture hall universiti 😆




Ikut poster yang saya dah share sebelum ni, sesi tu dibuat live bukan saja di Facebook Hospital Pantai, tapi juga di instagram saya, @totin.jamain . Alhamdulillah ramai yang join! Lagi best bila tengok ruangan komen penuh dengan soalan. Memang aktif betul korang yer.




Majoriti yang tengok adalah perempuan, so memang strategi sengaja pilih hari Jumaat, pukul 12–1 tengah hari. Waktu rehat panjang. Perempuan tengah makan, scroll phone, tiba-tiba dengar talk pasal cervical cancer. Multi-tasking level mak-mak Malaysia 😂


Selain sembang santai pasal cervical cancer, saya ambil peluang borak lebih lanjut dengan doktor pakar bedah, Dr Wong Lingwei dan pakar sakit puan, Dr Norliza Mat Desa. Kita sembang tentang kes-kes yang biasa jumpa di Batu Pahat, pengalaman handle pesakit, cabaran-cabaran dan macam-macam lagi. Honestly, saya pun dapat timba ilmu sekali. Bila dapat duduk semeja dengan pakar, memang rugi kalau tak korek ilmu betul-betul kan?




Saya percaya, bila klinik swasta dan hospital swasta bekerjasama, pesakit yang paling untung. Sebab tu Calira Clinic akan sentiasa terbuka untuk collaboration dengan hospital. Kita nak ada proper two way communication antara klinik swasta dan hospital swasta, especially untuk pesakit-pesakit di Batu Pahat. Bila referral jelas, komunikasi lancar, rawatan pun jadi lebih teratur dan selamat. Healthcare ni bukan competition tau. It’s about teamwork. Kita sama-sama nak pesakit sihat.


InsyaAllah kalau ada rezeki, next time kita buat lagi talk macam ni. Maybe bukan setakat kesihatan je, boleh sembang pasal business, pengalaman buka klinik, atau real-life story jadi doktor wanita.


Ada yang nak lagi tak kalau kita buat sesi macam ni? Agak-agak siapa yang sesuai untuk kita panggil buat podcast talk lepas ni? 😉


Merawat demi kesihatan wanita yang lebih baik,

Dr Totin (Izyan Jamain)