Dunia kesihatan tanpa sempadan

  • 12 Feb 2026
  • Health
Calira Clinic - Dunia kesihatan tanpa sempadan

Sebagai seorang doktor dengan lebih 17 tahun pengalaman dalam bidang perubatan, khususnya kesihatan wanita, saya percaya satu perkara, bahawa kita tidak pernah tahu segalanya.


Dalam dunia perubatan, pasti ada batas. Tak semua perkara boleh saya boleh lakukan sendiri walaupun saya sudah pernah mempelajarinya. Setiap bidang ada kepakaran tersendiri, dan setiap kepakaran ada garis panduan serta lesen yang perlu dipatuhi.


Perubatan adalah ilmu.

Dan ilmu adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikemaskini.


Itulah sebabnya saya sangat suka mengajar, berkongsi, dan pada masa yang sama terus belajar. Kerana menjadi doktor bukan sekadar merawat tetapi memastikan rawatan yang diberikan adalah yang terbaik, selamat dan mengikut piawaian yang betul.


Ramai Tidak Tahu


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai ibu mengandung meminta untuk melakukan detail scan di Calira Clinic. Alhamdulillah, bererti ramai yang dah mula cakna dengan kepentingan melakukan detail scan di awal kehamilan.


Untuk pengetahuan semua, walaupun saya pernah mempelajari teknik detail scan, saya tidak mempunyai lesen untuk melakukannya secara rasmi.


Tahukah anda?


Detail scan kandungan secara sah hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar fetomaternal (Maternal Fetal Medicine Specialist) sahaja.


Detail scan bukan sekadar melihat jantina bayi. Ia adalah pemeriksaan menyeluruh untuk menilai struktur organ bayi, perkembangan, serta mengesan sebarang kemungkinan kelainan secara terperinci. Ia memerlukan latihan khusus, pengalaman mendalam dan pengiktirafan kepakaran.


Sebagai doktor, saya sangat menjaga aspek keselamatan, etika dan perundangan. Saya memilih untuk tidak melakukannya sendiri kerana saya percaya pesakit berhak mendapat yang terbaik daripada pakarnya.


Berita Baik Untuk Warga Batu Pahat 🤍


Di Calira Clinic, kami kini membuka slot khas bersama:


Dr Sufian Hadi

Consultant Obstetrician & Gynaecologist

Berpengalaman dalam pengurusan masalah kesihatan wanita, kesuburan dan detail scan kandungan.


Dr Sufian akan bersama Calira Clinic pada setiap hari Rabu malam.


Ini bermakna, warga Batu Pahat kini boleh mendapatkan:


  • Pemeriksaan detail scan oleh doktor pakar
  • Rawatan masalah kesihatan wanita
  • Konsultasi kesuburan
  • Pengurusan kehamilan berisiko


Semuanya dengan akses yang lebih mudah dan tanpa perlu ke hospital.


Di Calira Clinic, komitmen kami bukan sekadar memberi rawatan, tetapi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang tepat, oleh orang yang tepat, pada masa yang tepat.


Kerana bagi saya, menjadi doktor bukan tentang melakukan semuanya.

Tetapi tentang tahu bila perlu merujuk kepada yang lebih pakar.


Dan itu adalah tanggungjawab sebenar seorang doktor. =)


Dr Totin (Izyan Jamain)

Calira Clinic 🌸