Sambutan Rumah Terbuka Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor.

  • 21 Apr 2026
  • Sosial
Calira Clinic - Sambutan Rumah Terbuka Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor.

Tem Calira bergambar bersama barisan doktor pakar dan CEO Hospital Pantai, Mr Shaharul Nizam Sahrudin.

Rasa bertuah apabila baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Hospital Pantai Batu Pahat pada 17 April 2026 (Jumaat). Majlis bermula sekitar 6pm, timing yang memang ngam-ngam tak panas, suasana meriah.


Seawal masuk, vibe raya tu memang terus terasa. Cantik, meriah, semua orang pun dressed up berbaju raya, memang proper raya mood. Tapi saya tetap maintain baju kurung biasa, simple sahaja sebab masih dalam waktu kerja.



Kena lah ambil gambar bersama orang kuat event dan marketing, Wana. Terima kasih jemput team Calira.


Acara dimulakan dengan persembahan zapin. Mula-mula ingatkan ami salah tempat, iyalah mana ada orang buat open house siap dengan persembahan dan penuh protocol. Hospital Pantai memang lain dari yang lain. Bila muzik zapin start je, terus rasa macam vibes raya klasik Johor kembali. Simple tapi cukup bagi rasa traditional & classy. Good start untuk majlis.


Majlis diikuti dengan ucapan daripada Mr Shaharul Nizam Sahrudin selaku Chief Executive Officer, Hospital Pantai Batu Pahat. Ucapannya tak panjang, tapi cukup untuk menyampaikan penghargaan dan semangat kekeluargaan antara semua yang hadir.



Bersama boss besar Hospital Pantai. Mengambil aura orang-orang success.



Kalau masuk bab makanan, memang no 1:

Nasi beriani

Kambing

Lontong

Kuih muih raya

Pencuci mulut


Dan yes… semua sedap. Belek- belek gambar baru sedar tak ambil gambar makanan langsung. Jenis yang ambil sikit-sikit tapi end up pinggan penuh 😭 Nampak sangat tengah lapar, terus lupa semuanya kan? Nasib sempat bergambar dimeja makan.


Selain makanan (of course), part paling best adalah networking & catching up. Waktu macam ni lah dapat jumpa kawan-kawan dari insurance, kenalan dari bank, doktor dari GP klinik lain dan doktor-doktor pakar.


Kadang-kadang susah nak jumpa semua ni dalam satu masa. Masing-masing busy kan? Iyalah selama ini cuma refer patients sahaja sampai tak kenal siapakah gerangan doktor yang saya refer. So bila ada event macam ni, memang rasa seronok sebab boleh sembang santai, exchange cerita, update masing-masing punya journey dan strengthening GP & Specialist Connection.


Ni rakan GP saya, Dr Ummu dari Klinik Ceria. Selalu jadi tulang belakang Calira, kalau ada apa-apa memang banyak tanya dan minta bantuan Dr Ummu. 



Bagi saya, event macam ni bukan sekadar makan-makan. Ini adalah peluang untuk rapatkan hubungan antara GP clinic dan specialist. Bila dah kenal lebih dekat, komunikasi pun jadi lebih mudah, referral pun lebih smooth.


Yang ni tak ada kaitan dengan Hospital Pantai. Yang ini adakah boss besar Arissa Glasshouse, Uncle Rashid, pemilik tempat hall acara pada hari itu.


At the end of the day, semua ni akan benefit patient juga. Silaturrahmi yang terjalin adalah untuk kebaikan patient. Overall, memang satu majlis yang simple tapi bermakna, meriah tapi tak terlalu crowded dan santai tapi tetap professional!


And honestly, event macam ni memang penting untuk kekalkan hubungan dalam healthcare community. 


Thank you Pantai Hospital Batu Pahat for the invitation. 

Good food, good people, good vibes.