Calira Clinic Iftar Gathering

  • 13 Mar 2026
  • Family
Calira Clinic - Calira Clinic Iftar Gathering

Tahun ni sebenarnya tahun yang sangat special untuk saya sebab Calira Clinic baru je start. Staff pun belum ramai lagi. Jadi bila fikir nak buat majlis berbuka puasa, saya tak terfikir pun nak buat besar-besar. Kitorang buat simple iftar gathering, lebih kepada kumpul keluarga dan staff sahaja.


Sebab honestly… tanpa keluarga, Calira mungkin takkan jadi macam sekarang. Diorang lah yang bagi semangat dari awal, especially waktu saya tengah struggle dan cuba move on dari macam-macam perkara sebelum ni. Jadi majlis ni macam satu cara kecil saya nak ucap terima kasih pada diorang.


Majlis ni dibuat di Orchid Event Place pada 7 March 2026. Planning dia simple je. Tak ada protokol fancy, tak ada susunan formal sangat. Just makan, sembang, gelak-gelak, dan tunggu azan sama-sama.


Nak kata banyak gambar… memang tak ada sangat. 🤣

Hari tu klinik pula unexpectedly busy, jadi saya agak kelam kabut sikit nak siap dan terus pergi ke event space. Sampai sana pun dah mode lapar dan rushing.




Tapi yang penting… semua orang happy dan kenyang.


Kadang-kadang moment macam ni lah yang paling bermakna. Bukan majlis besar atau glamor, tapi duduk satu meja, makan sama-sama dengan orang yang support kita dari awal.


Saya anggap majlis berbuka puasa ni juga macam sedekah kecil dari Calira untuk keluarga. Doa saya simple je,  semoga Calira Clinic sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dan dapat terus beri manfaat pada ramai orang.


InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki, mungkin kita buat lagi.

Kalau tak besar pun tak apa… janji kenyang dan happy. 😆