
Kali ini kami berpeluang menghadiri sesi CME di Fika Restaurant, Old Street Batu Pahat, bersama beberapa orang doktor dan kenalan lama. Topik CME kali ini memang dekat dengan kerja kami sebagai GP, penjagaan kulit dan acne (jerawat).
Sesi ini disampaikan oleh Dr. Lim Tzyy Huei, pakar Dermatologi dari Pantai Hospital Malaysia. Banyak perkara menarik yang dikongsikan, terutamanya tentang cara penjagaan kulit yang betul dan pendekatan terhadap masalah acne.
Bila CME Jadi Reunion Doktor
Sebenarnya, antara perkara paling best bila pergi CME bukan sahaja sebab dapat tambah ilmu.
Boleh jumpa kawan-kawan lama!
Dalam kesibukan kerja sebagai doktor, bukan selalu kita ada peluang untuk duduk, berbual dan catch up dengan doktor lain.
Kali ini kami sempat berjumpa dan bergambar dengan Dr. Sarah Khaw Yao Lin, Paediatrician dari Putra Specialist Hospital, dan juga Dr. Maimunah dari Klinik Ezna, Simpang Lima Batu Pahat.
Masing-masing sibuk dengan klinik dan kerja sendiri, jadi bila dapat jumpa macam ini memang seronok. Ada saja cerita nak catch up! 😂
Dan Tentulah… Makanan! 😂
CME yang bagus memang penting.
Tapi kalau ada salmon dan cheesecake, lagi susah nak kata tidak. 😂
Fika Restaurant memang menyediakan makanan yang sedap untuk kami nikmati sambil berbual dan bertukar cerita.
Cheesecake pula memang salah satu yang mencuri perhatian kami. 🍰
Kadang-kadang kita perlukan juga petang macam ini, keluar sekejap daripada rutin klinik, belajar sesuatu yang baru, jumpa kawan-kawan dan makan sedap.
Ceradan by Hyphens & Penjagaan Kulit
Sesi CME ini turut mendapat sokongan daripada Ceradan by Hyphens, dengan perkongsian berkaitan penjagaan kulit.
Bagi kami sebagai GP, topik seperti skin health dan acne memang sangat relevan kerana masalah kulit merupakan antara perkara yang sering ditanyakan oleh pesakit di klinik.
Bila doktor sentiasa update ilmu, lebih mudah untuk kami menerangkan pilihan penjagaan kulit kepada pesakit dengan cara yang mudah difahami.
Doktor Pun Kena Ada “Social Life” !
Kerja doktor memang sibuk.
Kadang-kadang dari pagi sampai petang, kemudian sambung lagi kerja klinik.
Jadi bila ada peluang untuk menghadiri CME di Batu Pahat seperti ini, kami memang cuba manfaatkan sebaik mungkin.
Dapat ilmu ✔️
Jumpa kawan lama ✔️
Kenal doktor baru ✔️
Makan sedap ✔️
Cheesecake ✔️😂
Complete!
Tambah ilmu, jumpa kawan, cipta kenangan.
Terima kasih kepada Dr. Lim Tzyy Huei, Ceradan by Hyphens dan Fika Restaurant untuk sesi yang santai dan bermanfaat ini.



