Tentang Kami
Calira Clinic merupakan klinik kesihatan am yang terletak secara strategik di tengah bandar Batu Pahat, bertentangan dengan bangunan Tabung Haji. Lokasi kami dikelilingi oleh kawasan perumahan serta pelbagai kemudahan kerajaan seperti Balai Bomba, Balai Polis, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pejabat Imigresen Batu Pahat.
Dengan lokasi yang mudah diakses, Calira Clinic menjadi pilihan yang sesuai untuk seisi keluarga, golongan bekerja, serta pelanggan korporat yang mencari rawatan kesihatan yang cepat, selesa dan dipercayai.