Hari Kesihatan Merdeka di Batu Pahat

CSR Calira clinic

Calira Clinic berbesar hati menjadi sebahagian daripada Hari Kesihatan Merdeka yang berlangsung di Batu Pahat pada 1 Ogos 2026. Program ini dianjurkan oleh 大成杂菜饭 bersama 美珍茶室 Kedai Kopi Bee Chin dan menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana yang meriah serta penuh semangat kebersamaan.

Bagi Calira Clinic, program ini amat istimewa kerana ia merupakan program Corporate Social Responsibility (CSR) pertama kami, hanya tujuh bulan selepas Calira Clinic mula beroperasi.

 

Aktiviti Kesihatan Bersama Komuniti

Sepanjang program, Calira Clinic menyediakan beberapa perkhidmatan kesihatan untuk pengunjung, termasuk pemeriksaan darah percuma melalui program PeKa B40 bagi individu yang layak.

Kami turut menawarkan pemeriksaan darah standard pada harga yang berpatutan, sebagai usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Selain pemeriksaan kesihatan, pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan tindik telinga yang turut mendapat sambutan daripada keluarga yang hadir.

Team Calira yang terdiri daripada Akma dan Irdina turut berada di lokasi bagi membantu mengendalikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

 

 

 

 

 

Terima Kasih kepada Penganjur dan Pengunjung

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 大成杂菜饭 dan 美珍茶室 Kedai Kopi Bee Chin kerana menjemput Calira Clinic untuk bersama-sama menjayakan program ini.

 

Terima kasih juga kepada YB Zaidi Japar Rengit dan YB Felicia Poh Rui Ling kerana meluangkan masa untuk hadir memeriahkan program serta bersama-sama masyarakat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Merdeka.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan. Kehadiran anda menjadikan program ini lebih bermakna buat kami.

w

Langkah Kecil, Makna Yang Besar

Sebagai sebuah klinik yang beroperasi di Batu Pahat, Calira Clinic percaya bahawa menjaga kesihatan masyarakat bukan hanya berlaku di dalam klinik. Ia juga melibatkan usaha untuk mendekati komuniti, meningkatkan kesedaran kesihatan dan menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih mudah diakses.

Program Hari Kesihatan Merdeka ini mungkin merupakan langkah pertama kami dalam aktiviti CSR, tetapi ia membawa makna yang besar kepada seluruh team Calira.

Kami berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak program kesihatan dan aktiviti CSR di Batu Pahat pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan hari ini satu pengalaman yang sangat bermakna ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.